D20102042387 PPSR

D20102042387 PPSR

Saturday 15 October 2011

CIKGU FAIZ BERI CONTOH KARANGAN CERITA


Pada hari Rabu minggu terakhir persekolahan, kelas saya telah mengadakan jamuan akhir tahun. Jamuan itu telah diadakan di kelas saya iaitu 5 Amanah. Berbagai-bagai persiapan dan akitviti telah dirancang oleh guru kelas saya iaitu Cikgu Hanisah.
             Beberapa hari sebelum jamuan itu diadakan, Cikgu Hanisah telah berbincang dengan kami tentang menu semasa jamuan dan juga mengagihkan tugas-tugas untuk kami. Pada pagi Rabu tersebut, saya dan rakan-rakan sibuk membuat persiapan. Antaranya menghias kelas dengan belon yang berwarna-warni dan juga menghidang pelbagai jenis makanan.
             Kira-kira pukul 9.30 pagi, guru-guru yang dijemput telah mula memenuhi kelas kami. Syahrizan selaku ketua kelas telah membacakan doa. Kemudian kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi tomato, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Masing-masing begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.
             Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah membuat persembahan nyanyian dan juga tarian. Selepas itu, kami telah menyusun kerusi untuk mengadakan aktiviti kotak beracun. Sesiapa yang memegang kotak itu setelah muzik terhenti dikehendaki melakukan arahan seperti yang tertera. pada kertas. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi dan telatah rakan-rakan kami.
             Kira-kira pukul 12.00 tengah hari, cikgu pun mengarahkan kami mengemas kelas semula. Beberapa orang murid perempuan sibuk menyapu sampah. Manakala murid lelaki pula berganding bahu menyusun meja dan kerusi.
             Setelah kelas kembali teratur dan bersih, cikgu mengucapkan terima kasih kepada kami kerana telah bekerjasama menjayakan jamuan akhir tahun tersebut. Walaupun keletihan saya dan rakan-rakan berasa gembira dan seronok.

3 comments:

  1. this will help me a little.........thanks a lot :)

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus karangan ini sangat says happy

    ReplyDelete
  3. Bagus karangan ini saya boleh buat karangan perpisahan guru kelas.

    ReplyDelete