D20102042387 PPSR

D20102042387 PPSR

Saturday 26 November 2011

CIKGU FAIZ BERI PERMAINAN BAHASA

   Jawab silang kata di bawah.

1.   

4.   











6.   



2.   

5.  












3.  






















   Maklumat : 
BIL.
MELINTANG
BIL.
MENEGAK
1.
Memukul pada muka
4.
Menunjukkan ketinggian
2.
Penjodoh bilangan bagi rumput
5.
Rezeki jangan ditolak ….jangan dicari
3.
Ada dalam badan
6.
Lawan bagi bengkok

Tuesday 22 November 2011

CIKGU FAIZ BERI LATIHAN BAHAGIAN C

Senaraikan pengajaran yang diperoleh dalam petikan di bawah

Petikan
Pengajaran
Pagi itu, Najmi bangun awal kerana hendak mengikut ayahnya pergi memancing di jeti Kuala Selangor. Selepas siap mengemas bilik tidur dan mandi, Najmi menolong ayahnya menyiapkan keperluan untuk memancing.
            Sampai di jeti, ayahnya menyuruh Najmi mengikat bot pada tiang jeti supaya bot tidak hanyut. Kemudian Najmi dan ayahnya mengambil joran dan memasang umpan dengan berhati-hati. Selesai memsang umpan, Najmi dan ayahnya mula memancing. Najmi dan ayahnya tetap menunggu umpan mereka dimakan ikan.Tidak lama kemudian ikan memakan umpan Najmi.
            Akhirnya Najmi berjaya mendapat enam ekor ikan dan ayahnya pula mendapat lapan ekor ikan.Najmi beryukur kerana  usaha mereka berbaloi. Najmi juga berasa seronok kerana dapat menjalankan aktiviti yang berguna pada hari cuti sekolah. Pada hari itu, ibu tidak perlu ke pasar membeli ikan kerana ibu akan memasak ikan yang dipancing oleh Najmi dan ayah.Mereka makan dengan penuh berselera. 


1._________________
2._________________
3._________________
4._________________
5._________________
6._________________
7._________________
8._________________
9._________________
10.________________

                                                           




CIKGU FAIZ BERI LATIHAN BAHAGIAN C

Senaraikan pengajaran yang diperoleh dalam petikan di bawah

Petikan
Pengajaran
     Pada malam itu, Sabri dan keluarganya makan bersama-sama. Apabila selesai makan, Sabri segera menonton televisyen sehingga terlupa membasuh pinggan yang digunakan.  Emak menyuruh Sabri membasuh pinggan terlebih dahulu namun Sabri menangguhkannya dahulu. Sabri juga menangguhkan kerja sekolahnya kerana hendak menonton televisyen terlebih dahulu. Sabri tertidur di hadapan televisyen kerana terlalu mengantuk sehingga terlupa memberus gigi sebelum tidur.



1. ________________
2. ________________
3. ________________
4. ________________
5. ________________

CIKGU FAIZ BERI LATIHAN BAHAGIAN C

Nyatakan pengajaran atau nilai yang terdapat dalam ayat di bawah.


Bil.
Ayat
Pengajaran / Nilai Murni
1.
Arnab mengejek kura-kura yang berjalan lambat berbanding dirinya yang pantas.


2.
Arnab berasa malu kerana kura-kura sampai dahulu di garisan penamat dalam perlumbaan itu.


3.
Kancil kasihan melihat monyet yang kelaparan itu dan menyuruh monyet pergi ke kebun di seberang sungai.


4.
Monyet tidak menghiraukan nasihat kancil dan terus memakan buah cili itu.


5.
Kancil berkata kepada monyet agar mendengar nasihat yang diberi agar tidak ditimpa musibah.


6.
Merak menghina gagak dengan mengatakan bulu gagak tidak cantik dan buruk.


7.
Gagak hendak mewarnakan bulunya dengan warna yang lain seperti merak agar kelihatan cantik.


8.
Burung menjatuhkan sehelai daun apabila melihat semut lemas di sungai.


9.
Ahmad tidak melawan walaupun rakan-rakan mengejeknya kerana tidak berduit.


10.
Zaidi dan Rajan beratur ketika hendak menaiki bas menuju ke sekolah.



Jumpa lagi
Cikgu Faiz