D20102042387 PPSR

D20102042387 PPSR

Friday 14 October 2011

CIKGU FAIZ MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PELBAGAI TEKNIK

Selamat Sejahtera,
Pelbagai teknik untuk membina ayat. Saya telah mencipta teknik SALAM. Saya mencipta teknik SALAM kerana saya lihat murid-murid saya lemah membina ayat. Teknik ini memudahkan murid-murid menjawab soalan UPSR bahagian A.

SALAM
S-Siapa
A-Aktiviti
L- Lokasi
A-Alat
M-Mengapa


Contoh ayat :
Seorang perempuan (Siapa) sedang menyapu sampah (Aktiviti) di halaman rumah (Lokasi) menggunakan sebatang penyapu (Alat) agar kelihatan bersih. (Mengapa).


Bagi murid yang lemah kita boleh gunakan teknik WAK.
W-Watak
A-Aktiviti
K-Keterangan


Satu lagi teknik ialah teknik SALAK
S-Siapa
A-Aktiviti
L-Lokasi
A-Alata
K-Keterangan


Dan teknik lama yang sangat popular ialah 5W1H
Who
What
Where
When
Why
How

Pilihlah teknik yang mudah untuk kita gunakan.


Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment