Senaraikan pengajaran yang diperoleh dalam petikan di bawah
Petikan | Pengajaran |
Pagi itu, Najmi bangun awal kerana hendak mengikut ayahnya pergi memancing di jeti Kuala Selangor. Selepas siap mengemas bilik tidur dan mandi, Najmi menolong ayahnya menyiapkan keperluan untuk memancing. Sampai di jeti, ayahnya menyuruh Najmi mengikat bot pada tiang jeti supaya bot tidak hanyut. Kemudian Najmi dan ayahnya mengambil joran dan memasang umpan dengan berhati-hati. Selesai memsang umpan, Najmi dan ayahnya mula memancing. Najmi dan ayahnya tetap menunggu umpan mereka dimakan ikan.Tidak lama kemudian ikan memakan umpan Najmi. Akhirnya Najmi berjaya mendapat enam ekor ikan dan ayahnya pula mendapat lapan ekor ikan.Najmi beryukur kerana usaha mereka berbaloi. Najmi juga berasa seronok kerana dapat menjalankan aktiviti yang berguna pada hari cuti sekolah. Pada hari itu, ibu tidak perlu ke pasar membeli ikan kerana ibu akan memasak ikan yang dipancing oleh Najmi dan ayah.Mereka makan dengan penuh berselera. | 1._________________ 2._________________ 3._________________ 4._________________ 5._________________ 6._________________ 7._________________ 8._________________ 9._________________ 10.________________ |
No comments:
Post a Comment