Nyatakan pengajaran atau nilai yang terdapat dalam ayat di bawah.
| Bil. | Ayat | Pengajaran / Nilai Murni |
| 1. | Arnab mengejek kura-kura yang berjalan lambat berbanding dirinya yang pantas. | |
| 2. | Arnab berasa malu kerana kura-kura sampai dahulu di garisan penamat dalam perlumbaan itu. | |
| 3. | Kancil kasihan melihat monyet yang kelaparan itu dan menyuruh monyet pergi ke kebun di seberang sungai. | |
| 4. | Monyet tidak menghiraukan nasihat kancil dan terus memakan buah cili itu. | |
| 5. | Kancil berkata kepada monyet agar mendengar nasihat yang diberi agar tidak ditimpa musibah. | |
| 6. | Merak menghina gagak dengan mengatakan bulu gagak tidak cantik dan buruk. | |
| 7. | Gagak hendak mewarnakan bulunya dengan warna yang lain seperti merak agar kelihatan cantik. | |
| 8. | Burung menjatuhkan sehelai daun apabila melihat semut lemas di sungai. | |
| 9. | Ahmad tidak melawan walaupun rakan-rakan mengejeknya kerana tidak berduit. | |
| 10. | Zaidi dan Rajan beratur ketika hendak menaiki bas menuju ke sekolah. | |
Jumpa lagi
Cikgu Faiz
No comments:
Post a Comment