D20102042387 PPSR

D20102042387 PPSR

Monday 31 October 2011

CIKGU FAIZ MEMBERI IDEA FORMULA MENULIS KARANGAN

FORMULA MENULIS KARANGAN

Untuk menghasilkan karangan yang baik, murid-murid dinasihatkan menggunakan formula :

P1 - 2A - 16PP  (Perenggan 1 buat 2 ayat sekitar 16 patah perkataan)
P2 - 3A - 24PP  (Perenggan 2 buat 3 ayat sekitar 24 patah perkataan)
P3 - 3A - 24PP  (Perenggan 3 buat 3 ayat sekitar 24 patah perkataan)
P4 - 3A - 24PP  (Perenggan 4 buat 3 ayat sekitar 24 patah perkataan) 
P5 - 3A - 24PP  (Perenggan 5 buat 3 ayat sekitar 24 patah perkataan)
P6 - 2A - 16PP  (Perenggan 6 buat 2 ayat sekitar 16 patah perkataan)

CIKGU FAIZ MEMBERI IDEA KARANGAN FAKTA

ISI KARANGAN FAKTA

Antara Kunci Soalan Karangan Fakta:
-Faedah / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /  Cara-cara

Antara Tajuk Karangan Fakta :
-Faedah Membaca
-Kebaikan Menonton
-Kepentingan Membaca Akhbar
-Kelebihan Menuntut Ilmu
-Cara-cara Berjimat Cermat
-Faedah Menyertai Kokurikulum
-Kebaikan Bersukan
-Kepentingan Menjaga Kesihatan
-Kelebihan Melayari Internet
-Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Antara Idea Bagi Kunci Soalan Faedah / Kebaikan / Kepentinga / Kelebihan :
-Menambah ilmu pengetahun
-Mengisi masa lapang
-Menambah kenalan
-Memberi hiburan
-Meningkatkan kemahiran
-Menerapkan nilai murni.




CIKGU FAIZ BERTANYA BETUL ATAU SALAH

BETULKAH AYAT DI BAWAH?
1.Budak-budak itu saling tuduh-menuduh dan tidak
mahu mengakui kesalahan sendiri.
2. Emak membeli sebiji kek berperisa coklat
di pasar tani pagi tadi.
3.Emak membelikan kami goreng pisang yang
dibeli dari pasar tani.
4.Bapa Zainal  adalah  Guru Besar di sebuah
sekolah di negeri Kedah.
5. Munirah menghadiahkan sebuah basikal kepada
adiknya yang lulus peperiksaan.
 
.

Saturday 22 October 2011

CIKGU FAIZ BERI MAKLUMAT BAHAGIAN C

TEKNIK MUDAH MEMBINA ULASAN BAHAGIAN C UPSR

Selamat Sejahtera
Untuk bahagian C, cikgu boleh menggunakan teknik KNP iaitu Kita Nilai Perbuatan.

Contohnya:
Ayat : Aidil bersama-sama abangnya membersihkan halaman rumah pada hujung minggu.

KITA
NILAI
(berdasarkan petikan)
PERBUATAN
(ambil dalam petikan)
-Kita mestilah
-Kita haruslah
-bekerjasama
-menjaga kebersihan
-bersama-sama membersihkan halaman rumah
-membersihkan halaman rumah

Jawapan Contoh :
1.Kita mesti bekerjasama dengan bersama-sama membersihkan halaman rumah.
2.Seterusnya, terdapat nilai menjaga kebersihan seperti membersihkan halaman rumah.

Cikgu boleh terus mengikuti penerangan saya dengan membaca sisipan akhbar Didik Berita Harian setiap hari Isnin.
Jumpa Lagi.
Cikgu Faiz

Saturday 15 October 2011

CIKGU FAIZ BERI CONTOH KARANGAN LAPORAN

Laporan Hari Kantin
             Pada 13 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin  itu telah diadakan bertempat di kantin dan  kawasan perkarangan  sekolah. Hari Kantin itu telah bermula pada pukul 8.30 pagi.
             Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Razak bin Salahuddin. Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah. Selain itu, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan kawasan sekolah.
             Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.Masing-masing berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut.
             Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain daripada makanan dan minuman yang dijual, diadakan juga pertandingan teka kacang, rumah hantu dan aktiviti menunggang kuda.Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan.
             Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk.
             Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang. Sebelum bersurai guru-guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.

Disediakan oleh,                                                           24 MAC 2008

Ahmad Idzham
( AHMAD IDZHAM )
Murid Tahun 6 Amanah